Tips Mendapatkan Penajaan



7 tips efektif bagi mendapatkan tajaan dari penaja oleh Azizan Othman

1.Kenali & Fahami Penaja Anda
Ramai pemohon membuat kesilapan dengan tidak membuat persediaan yang rapi ketika membuat pembentangan di hadapan para penaja. Pembentangan tidak boleh tertumpu kepada profil si pemohon semata-mata, tetapi pemohon perlu menarik minat para penaja dengan memberikan faedah dan nilai pulangan yang bakal di terima sekiranya terdapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.

2.Sasaran Pelanggan Anda
Penajaan koporat melihat kumpulan sasaran yang diletakkan oleh pemohon bagi tujuan penajaan sebagai satu aset yang bernilai. Gunakan statistik bagi meyakinkan para penaja untuk bersetuju membiayai kos penajaan anda.

3.Potensi Networking
Para penaja lebih berminat untuk memberi tajaan dengan melihat peningkatan bilangan jumlah networking yang pernah bekerjasama dengan perniagaan anda. Dengan cara membantu tajaan yang diperlukan oleh anda, ia secara tidak langsung dapat membantu menaikkan rating penajaan bagi syarikat mereka.

4. Pulangan Untuk Masyarakat
Untuk memberi tajaan, badan-badan koporat akan memberi keutamaan kepada permohonan yang membawa nilai kepentingan kepada masyarakat. Masyarakat akan lebih cenderung untuk memilih segala hasil produk yang dikeluarkan oleh organisasi perniagaan yang pernah memberi faedah kepada mereka.

5.Perbandingan Kertas Kerja
Bagi mendapatkan penajaan koporat dalam kalangan organisasi yang berprofil tinggi, sediakan beberapa set kertas kerja yang lengkap disertakan maklumat yang boleh dijadikan perbandingan faedah yang anda tawarkan bersama calon pemohon yang lain.

6. Pinjam Pengalaman
Penaja koporat mahukan pengalaman. Jangan bimbang sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman seperti yang diminta. Cuba kaitkan pengalaman lalu yang memberikan kesan terhadap perniagaan anda. Dengan menggunakan pengalaman pelanggan juga, ia dapat menunjukkan bahawa anda telah memperoleh sesuatu yang bernilai walaupun anda tidak pernah mengalaminya.

7. Jadikan Integriti Sebahagian Jenama Anda
Kadang-kadang ada sesetengah penaja menolak dengan sengaja permohonan peniaga untuk mendapatkan tajaan mereka. Ini kerana penaja tersebut ingin menguji respon pemohon apabila permohonan mereka ditolak. Jangan cepat melenting. Bertindaklah dengan bijak kerana dengan tindakan anda sedemikian, para penaja mungkin akan mempertimbangkan kembali keputusan mereka, malah ada pemohon yang tidak menyangka menerima ganjaran lain sebagai pembalasan.






4 Tips tambahan dari 3S Team

1. Pemakaian
Pemakaian kita haruslah kemas dan juga menjaga tatatertib. Disini tips yang ingin diberikan adalah pemilihan warna pakaian yang akan digunakan untuk pembentangan markerting proposal. Contohnya, syarikat berkenaan menggunakan warna biru sebagai tema. Oleh itu, kita juga perlu memakai baju yang mempunyai unsur-unsur warna biru.

2. Perkataan
Perkataan yang dimaksudkan disini ialah kata kunci iaitu visi dan misi syarikat tersebut yang kita boleh gunakan sebagai perkataan yang kita selalu ulangi. Contohnya, syarikat tersebut mementingkan kualiti barang dan pekerjaan. Oleh itu, kita boleh menggunakan perkataan “kualiti” sebagai pengulangan: “Dengan membantu kami dari segi penajaan, kualiti pemasaran syarikat En. akan meningkat”.

3. Kertas kerja dan markerting proposal
Kertas kerja dan marketing proposal perlulah mengunakan warna yang sesuai dan meletakkan kata kunci syarikat tersebut. Ayat-ayat yang ada dalam kertas kerja perlulah lebih menekankan perkataan kata kunci tersebut dan juga menggunakan warna tema syarikat tersebut. Contohnya, menggunakan warna biru sebagai warna utama dan juga menggunakan lebih banyak perkataan “kualiti” di dalam kertas kerja dan marketing proposal.

4. Pembentangan
Semasa pembentangan kertas kerja dan marketing proposal kita perlu yakin, sopan santun, bersemangat dan juga telah menguasai apa yang kita hendak bentangkan. Selain itu juga, kita perlu mengetahui kehendak syarikat untuk menjadikan kita lebih mudah mendapatkan penajaan daripada syarikat tersebut kerana kita memenuhi kehendak  dan kepentingan syarikat untuk menaja program kita.




No comments:

Post a Comment

Followers