Kertas Kerja & Surat


 




Text Box: LOGO SEKOLAH




(NAMA SEKOLAH)


KERTAS KERJA


PROGRAM
Kasih Sayang Milik Semua


TARIKH :
17 NOVEMBER 2018
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM DAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA KIRTARSH

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING (NAMA SEKOLAH)





1.0  TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk merangka program yang bakal dijalankan sesuai dengan kehendak dan keperluan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu  untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluraga, masyarakat dan negara.  Seterusnya, kertas kerja ini dikemukakan untuk  tujuan seperti berikut :

i. Mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada pengetua sekolah.
ii.Mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjalankan program lawatan sambil belajar.
iii. Mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjalankan program lawatan sambil belajar
iv. Mendapatkan kerjasama dan sumbangan daripada pelbagai  pihak agensi kerajaan dan swasta.








2.0       PENGENALAN
 Sindrom Down merupakan satu kecacatan genetik disebabkan kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Kromosom merupakan serat-serat khusus yang ada dalam sel manusia yang mengandungi bahan genetik bekaitan dengan sifat seseorang. Terdapat pelbagai ciri-ciri fizikal yang boleh dilihat dan dikenalpasti oleh kanak-kanak Sindrom Down ini. Ciri fizikal yang terserlah ialah melibatkan bentuk muka yang sama dengan kanak-kanak yang mengalami masalah Sindrm Down. Kanak-kanak ini juga mengalami gangguan mental iaitu berfikir pada paras bawah normal.
Pandangan belia terhadap individu yang mempunyai masalah sindrom down ini kebanyakkannya negatif. Ciri-ciri  dari pesakit Sindrom Down tersebut telah menyebabkan seseorang pesakit didiskriminasi dalam masyarakat dan mereka juga mempunyai stigma negatif terhadap golongan ini. Stigma ini terjadi kerana pesakit sindrom down ini dianggap sebagai abnormal.Golongan Belia biasanya berasa tidak selesa apabila berada berhampiran dengan  golongan ini. Oleh sebab itu, program ini adalah bertujuan untuk menghakis stigma-stigma negatif bermula dari peringkat awal lagi iaitu pelajar sekolah.

3.0       OBJEKTIF
Terdapat beberapa matlamat dan objektif yang ingin dicapai dan diperolehi melalui program yang bermanfaat ini:
i.        Mengurangkan stigma negatif terhadap golongan Sindrom Down.
ii.      Memahami dan menerima golongan Sindrom Down dalam komuniti.
iii.    Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan sokongan komuniti terhadap golongan Sindrom Down.

4.0              TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Masa                           : 8.00 pagi- 5.00 petang
Tarikh                          : 17 November 2018
Hari                             : Sabtu
Sasaran                       : 30 orang peserta dari golongan belia
Tempat Program          : Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtarsh

5.0       KUMPULAN SASARAN/PESERTA
Peserta adalah seramai 30 orang pelajar (nama sekolah) dan 5 orang guru pengiring.

6.0   TENTATIF
Masa
Slot

7.00 pagi
Berkumpul dan pendaftaran untuk menaiki bas
Berkumpul di (nama sekolah)
7.30 pagi
Bertolak ke tempat program 1

8.00 pagi
Tiba di tempat program
SK Hulu Bernam
8.15 pagi
Senamrobik
Dewan Terbuka Anjung Budi
8.45 pagi
Gotong Royong & Rewang
Gotong royong di sekitar sekolah & sediakan minum pagi

10.00 pagi
Minum pagi
Kantin
10.30 pagi
Majlis Penutup
Dewan Terbuka Anjung Budi
11.00 pagi
Bertolak ke tempat program 2

12.00 tengahari
Ice Breaking
Dewan Bukit Beruntung
12.30 tengahari
Makan Tengahari & Solat Zohor
Solat Berjemaah
1.30 petang
Gotong Royong & Rewang
Gotong royong sekitar dewan & sediakan minum petang
3.00 petang
Minum Petang

3.30 petang
Majlis Penutup
Dewan Bukit Beruntung
4.00 petang
Bertolak Pulang ke sekolah

5.00 petang
Dijangka Tiba
(nama sekolah)




7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
Perkara
Jumlah (RM)
Bil
Perkara
Unit
Harga
Jumlah
1
Sumbangan NGO
1000.00
1.
Pengangkutan Bas
1
300.00
300.00
2
Sumbangan YB
100.00
2.
Barang Masak
2
150.00
300.00
3
Sumbangan koperasi sekolah
Hamper
3.
Peralatan program
1
100.00
100.00



4.
Cenderahati
2

Sumbangan koperasi sekolah



5.
Banner program
1
100.00
100.00



6.
Sumbangan
2
600.00
1200.00
Jumlah
2000.00
Jumlah

2000.00

8.0       SENARAI AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM KASIH SAYANG MILIK SEMUA (NAMA SEKOLAH)

                          
PENGERUSI                                         :    (Pengetua)
TIM. PENGERUSI                               :    (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI I                           :    (GPK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II                         :    (GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA                                      :    (Kaunselor sekolah)
NAIB SETIAUSAHA                           :    (Kaunselor sekolah)
BENDAHARI                                        :    (Guru)


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

AJK PENDAFTARAN PELAJAR
AJK PENGANGKUTAN
AJK PERALATAN & TEKNIKAL
AJK KAWALAN PELAJAR
AJK PERSEDIAAN MAKANAN PELAJAR
AJK MEDIA DAN PUBLISITI
CENDERAHATI

9.0       KEPERLUAN PERALATAN
9.1       Kamera                                                                                               1 unit
9.2       Speaker                                                                                               1 set
9.3       Pertolongan Cemas                                                                            1 unit

10.0     PENUTUP
Diharap program ini dapat memberikan manfaat dan impak yang besar kepada peserta dan juga AJK yang menjalankan tugas. Selain itu juga, diharapkan objektif program ini dapat tercapai sekaligus mengurangkan stigma negatif komuniti terhadap pesakit Sindrom Down ini. Program seperti ini seharusnya dijalankan kepada semua lapisan komuniti bagi membuka mata mereka untuk menerima golongan yang kurang bernasib baik ini. Bukan sahaja pesakit Sindrom Down malahan penyakit-penyakit lain juga. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai hak untuk mendapatkan kasih sayang dan hidup bahagia.





Disediakan oleh:

SETIAUSAHA PROGRAM

Tanda Tangan :   ..............................

Tarikh               :  ...............................

Disemak dan Disahkan oleh:

PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR

Tanda Tangan :  ...............................

Tarikh               :  ...............................

Diluluskan oleh :

PENGETUA SEKOLAH

Tanda Tangan :  ...............................

Tarikh               :  ...............................















SURAT- SURAT BERKAITAN 






 (kepala surat sekolah)







    Rujukan Kami :
                                                                                                             Tarikh              :

Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa& Guru,
(nama sekolah dan alamat)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM “KASIH SAYANG MILIK SEMUA” (nama sekolah) SESI 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Kasih Sayang Milik Semua untuk pelajar-pelajar (nama sekolah)  pada ketetapan seperti berikut:

a.       Tarikh              :           17 NOVEMBER 2018 ( SABTU)
b.      Tempat :           :           SK Hulu Bernam dan
 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya (KIRTASH)
c.       Masa                :           7.00 Pagi – 5.00 Petang
d.      Sasaran                        :           30 orang Pelajar

3.         Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling.

4.         Bagi tujuan itu, kami ingin memohon sumbangan sebanyak RM300.00 daripada pihak tuan yang akan digunakan untuk pengangkutan program ini. Kertas kerja program akan dilampirkan bersama surat ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(nama dan jawatan)



**************************************************************************************** 



 (kepala surat sekolah)









Rujukan Kami :
                                                                                                         Tarikh              :


Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam,
Kampung Baru B,
35900 Tanjung Malim,
Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM ”KASIH SAYANG MILIK SEMUA” BERSAMA PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI), SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM.

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.         Merujuk kepada perkara di atas kami dengan sukacita ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menjalankan program bersama pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam yang diadakan seperti ketetapan berikut :

                                                              i.      Tarikh              :           17 November 2018 (SABTU)
                                                            ii.      Masa                :           8.00 pagi hingga 11.00 Pagi
                                                          iii.      Sasaran            :           30 orang bersama 5 orang guru pengiring

3.         Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling.

4.         Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian (nombor telefon sekolah) atau terus kepada kaunselor sekolah di talian (nombor telefon kaunselor). Kertas kerja juga turut dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Kerjasama dan komitmen dari pihak tuan dalam menjayakan program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(nama dan jawatan)



**************************************************************************************** 

(kepala surat sekolah)




    Rujukan Kami :
                                                                                                             Tarikh              :


Pengarah,
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya (KIRTASH),
27, Jalan Melor 1,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM ”KASIH SAYANG MILIK SEMUA” DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA (KIRTASH)

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.         Merujuk kepada perkara di atas kami dengan sukacita ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menjalankan program di Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya (KIRTASH) yang diadakan seperti ketetapan berikut :

                                                              i.            Tarikh                       :           17 November 2018 (SABTU)
                                                            ii.            Masa                         :           12.00 Tengah Hari hingga 4.00 Petang
                                                          iii.            Sasaran                     :           30 orang bersama 5 orang guru pengiring

 3.        Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling.

4.         Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi di talian (nombor telefon sekolah) atau terus kepada kaunselor sekolah di talian (nombor telefon kaunselor). Kertas kerja juga turut dilampirkan bersama-sama dengan surat ini. Kerjasama dan komitmen dari pihak tuan dalam menjayakan program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(nama dan jawatan)




**************************************************************************************** 


(kepala surat sekolah)






    Rujukan Kami :
                                                                                                             Tarikh              :


YB. Datuk Rosni Binti Sohar,
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam,
Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Kawasan Dun Hulu Bernam,
 Kg. Titiwangsa, 44100 Kalumpang
Hulu Selangor, Selangor.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM “KASIH SAYANG MILIK SEMUA (nama sekolah) SESI 2018

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa  pihak sekolah akan mengadakan program tersebut pada ketetapan seperti berikut :                      

                        Tarikh              :           17 NOVEMBER 2018 (SABTU )
                        Masa                :           10.30 Pagi hingga 11.00 pagi
                        Tempat            :           Dewan Anjung Budi, SK Hulu Bernam

3.         Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Program ini, adalah untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling.


4.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan sebanyak RM1500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus sahaja) daripada YB  bagi menjayakan program tersebut. Disini, pihak sekolah sertakan kertas kerja program sebagai lampiran untuk rujukan YB.

5.         Kerjasama pihak Yang Berhormat amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
                                 
Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,                                                  

(nama dan jawatan)


  

**************************************************************************************** 
(kepala surat sekolah)




                                                                                                   
                                                                                                         Rujukan Kami  :
                                                                                                         Tarikh               :


YB. Datuk Rosni Binti Sohar,
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam,
Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Kawasan Dun Hulu Bernam,
 Kg. Titiwangsa, 44100 Kalumpang
Hulu Selangor, Selangor.

Yang Berhormat,

JEMPUTAN MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM ”KASIH SAYANG MILIK SEMUA” (nama sekolah) SESI 2018

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan dengan sukacita pihak sekolah akan mengadakan program tersebut pada ketetapan seperti berikut :                       

                        Tarikh              :           17 NOVEMBER 2018 (SABTU )
                        Masa                :           10.30 Pagi hingga 11.00 pagi
                        Tempat            :           Dewan Anjung Budi, SK Hulu Bernam
                        Tentatif                        :          
                        10.30 pagi       :           Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
                                                            Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu sekolah
                                                            Ucapan Tuan Pengetua

Hingga                        Ucapan Perasmian Penutupan oleh YB Rosni Binti Sohar
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam

                                                            Penyampaian Cenderahati
11.00 pagi                   BERSURAI / Jamuan Ringan

3.         Kerjasama pihak YB Dato’ Sri amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
                                 
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,  
(nama dan jawatan)





**************************************************************************************** 
(kepala surat sekolah)




    Rujukan Kami :
                                                                                                             Tarikh               :

           
(nama dan alamat koperasi sekolah)





MEMOHON SUMBANGAN CENDERAHATI UNTUK PROGRAM ”KASIH SAYANG UNTUK SEMUA” (nama sekolah) SESI 2018

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan menjalankan program ”Kasih Sayang Untuk Semua”. Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan cenderahati daripada pihak tuan seperti senarai yang berikut:

            SENARAI CENDERAHATI    :           hamper            2 unit

            SENARAI TEMPAT            :   SK Hulu Bernam
                                                            Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya (KIRTASH)

3.         Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Program ini, adalah untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling. Jika tidak keberatan, sila maklumkan kepada pihak sekolah sebelum 10 November 2018

4.         Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah kami  hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(nama dan jawatan)




 **************************************************************************************** 

 (kepala surat sekolah)





                                                                                                            Ruj kami          :
                                                                                                            Tarikh              :

Unit Perhubungan Dan Pendaftaran,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri

Melalui dan salinan kepada
(Pengetua sekolah)

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR (PROGRAM ”KASIH SAYANG MILIK SEMUA”).

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.         Merujuk kepada perkara di atas kami dengan sukacita ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menjalankan program di Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya (KIRTASH) yang diadakan seperti ketetapan berikut :

                                                              i.            Tarikh                       :           17 November 2018 (SABTU)
                                                            ii.            Masa                         :           7.00 Pagi Hari hingga 5.00 Petang
                                                          iii.            Sasaran                     :           30 orang bersama 5 orang guru pengiring
  (senarai nama dilampiran)

3.          Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Program ini, adalah untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling.

4.          Segala pertanyaan, boleh hubungi talian 09-2****** (nama sekolah) atau terus kepada kaunselor sekolah di talian 019-6*******. Kertas kerja turut di lampirkan bersama dengan surat ini.    

5.        Kami berharap agar permohonan kami ini dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,  
(nama dan jawatan)
* mengikut GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957




 **************************************************************************************** 

(kepala surat sekolah)





    Rujukan Kami :
                                                                                                             Tarikh              :

Unit Perhubungan
Pejabat pendidikan daerah.

Melalui dan salinan kepada
(Pengetua sekolah)

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR (PROGRAM ”KASIH SAYANG MILIK SEMUA”).

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.         Merujuk kepada perkara di atas kami dengan sukacita ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menjalankan program di Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya (KIRTASH) yang diadakan seperti ketetapan berikut :

                                                              i.            Tarikh                       :           17 November 2018 (SABTU)
                                                            ii.            Masa                        :            7.00 Pagi Hari hingga 5.00 Petang
                                                          iii.            Sasaran                     :           30 orang bersama 5 orang guru pengiring
(senarai nama dilampiran)

3.         Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Program ini, adalah untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling.

4.         Segala pertanyaan, boleh hubungi talian 09-2****** (nama sekolah) atau terus kepada kaunselor sekolah di talian 019-6*******. Kertas kerja turut di lampirkan bersama dengan surat ini.    

5.        Kami berharap agar permohonan kami ini dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,
(nama dan jawatan)
           
* Mengikut daerah

**************************************************************************************** 

(kepala surat sekolah)


    Rujukan Kami :
                                                                                                             Tarikh              :

(alamat agensi kerajaan/swasta)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM “KASIH SAYANG MILIK SEMUA” SMK KHIR JOHARI SESI 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program “Kasih Sayang Milik Semua” untuk pelajar-pelajar (nama sekolah) tahun 2018. Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan dan menyemai jati diri yang lebih kukuh dalam kalangan pelajar. Program ini, adalah untuk membentuk pelajar yang lebih bertanggungjawab, mengambil berat dan empati terhadap masyarakat sekeliling. Program ini akan dijalankan seperti ketetapan seperti berikut:

a.       Tarikh              :           17 NOVEMBER 2018 ( SABTU)
b.      Tempat :           :           SK Hulu Bernam
 Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya (KIRTASH)
c.       Masa                :           7.00 Pagi – 5.00 Petang
d.      Sasaran                        :           30 orang pelajar

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik daripada pihak Y.Bhg Datuk dalam sumbangan atau penajaan bagi membolehkan program yang direncanakan ini berjalan dengan lancar dan dapat memberi idea untuk merealisasikan matlamat di dalam falsafah pendidikan negara.

4.         Segala pertanyaan, boleh hubungi talian 09-2****** (nama sekolah) atau terus kepada kaunselor sekolah di talian 019-6*******. Kertas kerja  di lampirkan bersama dengan surat ini.

5.         Pihak kami juga bersedia untuk menerima sebarang cadangan daripada pihak tuan dalam memantapkan  program yang bakal dijalankan ini. Pihak kami juga berharap agar program yang di rencana ini dapat dijayakan dengan adanya sumbangan daripada pihak tuan. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
(nama dan jawatan)




**************************************************************************************** 

(kepala surat sekolah)





          Ruj.  Kami           : 
          Tarikh                 :  


Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan,

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN TAJAAN PROGRAM “KASIH SAYANG UNTUK SEMUA” (nama sekolah)

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Disertakan bersama-sama ini adalah resit yang bernombor __________ sebagai pengesahan pemberian sumbangan melalui ___(CEK /TUNAI/TAJAAN MAKANAN/BARANGAN) bernilai RM__________ untuk menjayakan program “Kasih Sayang Untuk Semua” (nama sekolah)

3.         Dengan ini, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan memberikan sumbangan dan tajaan serta sokongan bagi menjayakan program ini. Diharapkan pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan akan sentiasa memberikan sokongan yang padu pada masa akan datang kepada pihak (nama sekolah)

4.         Keprihatinan dan jasa baik yang Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan telah berikan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
(nama dan jawatan)







·         sediakan sijil penghargaan untuk penaja


No comments:

Post a Comment

Followers